Post by PrinceJay on Sept 22, 2004 16:57:22 GMT 8
Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah
mendengar bahawa kita mempunyai beberapa
sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam
seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini
merupakan petua orang-orang Melayu bagi
memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api
elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai
unsur sepertinya.
Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua.
Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui
anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas
Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman
yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah
biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat
dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih
sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak
cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri,
tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu
memberi galakan dan sokongan dan tidak suka
membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah
lembut, pembersih dan sentiasa menjaga
kecantikan untuk suami.
Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta
menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya
mencambahkan benih, menyuburkan serta
menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-
ciri seperti berikut:
* Menghidupkan hati suami menjadikan suami
sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan
anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak
hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan
suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami
menghadapi masalah.
Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi
menerangi kegelapan malam. Ia juga
menghangatkan kedinginan malam serta
digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
* Cintanya sentiasa hangat membara kepada
suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan
dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-
hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.
Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan
menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi
menyelamatkan keadaan.
Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber
tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
* Mempunyai sifat lemah lembut dan
menyenangkan suami.
* Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata
yang indah.
* Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan
berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan
suami.
* Pandai mewujudkan suasana selesa dlam
rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi
kegembiraan dan ketenangan