Post by PrinceJay on Oct 21, 2004 18:23:41 GMT 8
aku berbicara bukan bersastera
aku menduga bukan menggoda
aku hanya insan biasa tiada yang istimewa
berseloka bergurindam hanya sebagai penglipurlara
tidak terniat untuk merampas sebuah cinta
tidak mungkin aku bersenda
bersuara tanpa kata
jika hanya sekadar menambah duka
jika sekadar untuk kecewa
Tiada yang terindah ada padaku
tiada yang istimewa wujud disisiku
aku hanya insan biasa
tiada yang hebat atau luar biasa
aku hanya seeorang pengembara
berjalan seorang diri tanpa bicara
yang ada padaku hanyalah seruling tua
yang aku alunkan tika senja menjelma
walaupun engkau tiada disisi
aku akan terus menanti
tanpa ungkapan yang aku cari
tanpa luahan rasa hati
bila aku berjanji akan aku tepati
kerana itu aku tidak suka berjanji
kerana aku takut terikat dengan tali
yang hanya boleh dilihat dengan mata hati
ramai yang mengenali
tapi tidak menmahami
tidak pernah cuba mengerti
apa yang tersira dihati
aku bukan pinta simpati
atau mempermainkan sekeping hati
tapi inilah hakikat azali
yang tak dapat disangkal lagi
aku berlindung dimalam hari
bersinar dimalam sunyi
supaya terang menyuluhi
insan yang hidup sendiri
aku hilang tatkala siang menjelma
setelah aku menemani purnama
bersama cahaya yang kian sirna
tatkala mentari pagi menjelma
aku teruskan perjalanan ini
didalam kehidupan yang fana
membawa bekal di kemudian hari
aku berlagu didalam gundah gulana
aku hanya sebutir bintang
yang menghiasi dada malam
tidak kupinta orang memandang
diriku yang sentiasa suram
suatu hari kau akan mengerti
apa yang tersurat di sanubari
bukan niat meminta simpati
atau meraih cinta yang suci
apabila kau didalam kegelapan
ingat lah aku akan menemani mu
yang sentiasa hidup dalam kesepian
agar hilang dendammu
setiap kali ku pandang semalam
pelbagai kisah yang suram
yang penuh dendam
yang apinya ku padam...
berbicara tanpa kata
bermadah dengan jiwa
aku berlagu didalam ceria
agar dikau kan gembira
aku umpama mentari senja
kan hilang bila tiba masa
kerana hadir ku hanya seketika
sekadar mengubat hati yang duka
ibarat bintang menghiasi dada malam
Bersinar terang bersama purnama
menemani dikau tatkala hatimu suram
menunjuk arah tanpa bicara
Kini lilin hidupku sudah cair
tiba masanya untuk aku berlalu
ibarat air di sungai
mengalir kelesuan ke lautan
tidak aku pinta simpati
tidak aku pinta cinta darimu
cuma sekadar dikau mengerti
aku tidak mampu berada disisimu
kerana detik jam tua telah berbunyi
tanda masanyna telah tiba
untuk aku pergi selamanya
tidak mungkin kembali semula..
terima kasih kepada mu puteri
yang sudi menerimaku
sayang nya tanpa engkau sedari
beza antara kita terlalu jauh
tidak mungkin aku mampu
membahagiakan dirimu
kerana aku hanya sekadar tetamu
menemani tanpa jemu
dan pergi bila bosan bertamu