Post by PrinceJay on Sept 10, 2004 17:24:24 GMT 8
Cinta Si Perindu
dalam diam menaruh harapan
kata bersulam maksudnya dalam
menaruh hati dalam gurauan
ingin disunting menjadi teman
biarpun diduga bermacam rupa
hati masih tak lagi berubah
selagi ada cinta dalam jiwa
selagi nafas masih lagi ada
cinta bukan sebarang cinta
cinta datang dari jiwa
cinta bukan kerana paras rupa
bukan juga kerna darjat dan harta
inilah cinta yang terakhir
sebuah penyerahan jiwa hakiki
tidak mungkin berpaling lagi
tidak bisa cinta ini di dinodai
inilah sumpahan berdarah
dari aku waris terakhir
biarpun nyawa menjadi galang
tak mungkin cinta kan dikhianati...
Cinta SiPengembara
sepurnama mengembara dipadang pasir
dalamnya luka tak bisa diubati
tidak terlihat dizahirnya
batin terseksa tiada yang mengetahui
bersendirian tanpa teman
tanpa saudara mahupun rakan
setelah semua hilangkan diri
setelah pengembara kehilangan negeri
pengembara terus mengembara
mencari batu gemala sakti
tidak ada beda batu biasa
tapi penuh rahsia tersembunyi
buat mereka yang mengetahui
zat dan rahsia tersendiri
dibalik rahsia gemala sakti
tersimpan 1001 rahsia alam ini
pengembara telah kelesuaan
setelah kehilangan segalanya
harta dan rakan tidak dipandang
hanga gemala sakti yang diidamkan
sayang telah tiba masanya
dalam fatamorgana tidak bertepi
mati sendiri disudut ini
sebuah kematian tanpa nesannya...
pelangi diawan hati
melukis awan di pelangi hati
tika gerimis telah pergi
warna warna cinta mula bersemi
kasih abadi terukir disini
pelangi hati bersinar kembali
tika mendung berlalu pergi
membawa seribu kenangan pahit
mencalit sejuta kenangan manis
sayang pelangi hanya seketika
kerana takut hilang serinya
namun hati tak ingin dia pergi
karena cinta telah bersemi....
Seloka Karut part 1
hati gundah dalam jiwa
dipintu neraka dia kecewa
tersesat dalam kegelapan
kecundang ia ditangan syaitan
anak muda terus kecewa
kerana cinta dia terus buta
disudut sunyi menanti mati
karena cintanya kecundang jua
anak puyuh dikaki bukit
bermain main penuh ceria
walaupun hati nya sakit
masih lagi mampu tertawa
sakit nya jiwa menahan rindu
didalam kalbu terus menunggu
tidakkan pernah berhenti berharap
demi sebuah janji yang telah terungkap
Seloka karut part 2
cinta ini cinta terakhir
bukan rekaan atau khayalan
dalam fantasi dia menanti
dalam realiti dia terus menunggu
anak udang dibalik batu
takut dicuri hatinya yang satu
karena takut d**ecewakan
dia lari langkah seribu
sampai bila awan kan menunggu
tiba angin pergilah ia
difantasi ini kubina tugu
direaliti masih menunggu setia
anak naga sedang tidur
jangan diganggu lenanya itu
sekali melangkah tak mungkin kuundur
tidak muungkin berganti cinta yang satu
bunian turun dari kayangan
ditepi tasik tumpang bersiram
kau hadir bersama bayangan
menemani sunyi tika malam makin suram
Sumpah si anak naning
pendekar naning nama diberi
dari tabuh dia berasal
menghunus keris perwira sakti
didalam hati tak wujud kesal
menari kan tarian pepatih
adat dijunjung penuh kasih
biarpun jiwa terus merintih
namun hati masih bersih
pendekar bukan sebarangan
warisan moyang turun temurun
inilah waris kerajaan terakhir
dibumi berdaulat terus berbakti
yang hidup kan mati
yang datang pasti kembali
begitu juga pendekar sakti
ajalnya tiba dihujung disember....
Seloka si anak seni
setelah pena kau beri
kini kau ambil ia kembali
hingga aku tak bisa berkarya lagi
diatas kanvas tidak berwarna ini
ku pohon seribu kemaafan
aku terlupa ia pinjaman sahaja
bagi aku insan biasa
pena ini penuh makna
biarpun pena murah bagimu
namun bagiku amat bererti
karena dia pemberian dari mu
sebuah harta tidak ternilai
tak mungkin ku temui lagi
pena sakti setanding nya
biarpun 1000 tahun mencari
biarpun sejuta tahun menanti
aku kan berlalu pergi
karena pena tiada lagi
tak bisa aku mencalit lagi
diatas kanvas hati ku ini.
*p/s sajak ini masih tak lengkap bait nya masih lagi tak tersusun kerana ia luahan rasa sekadar bicara jiwa yang gelora bila hati sedang merana*
*p/s part 2 dihasilkan pada 8/9/2004 9.30-12.00am
sementara part 1 dihasilkan pada 7/9/2004 *
nampaknya masa tuk saya mengundur diri hampir tiba ... kerana hati say dah makin keliru dan saya tak mampu lagi berkarya... mungkin kah saya senasib dengan watak hartini hanya takdir menentukan*
yang baik datang dari DIA yang jahat dari saya ..
salam penutup bicara buat teman sahabat dan insan tersayang yang dirindui....