|
Post by PrinceJay on Aug 26, 2004 11:46:45 GMT 8
bila aku berjanji akan aku tepati kerana itu aku tidak suka berjanji kerana aku takut terikat dengan tali yang hanya boleh dilihat dengan mata hati
ramai yang mengenali tapi tidak menmahami tidak pernah cuba mengerti apa yang tersira dihati
aku bukan pinta simpati atau mempermainkan sekeping hati tapi inilah hakikat azali yang tak dapat disangkal lagi
aku berlindung dimalam hari bersinar dimalam sunyi supaya terang menyuluhi insan yang hidup sendiri
aku hilang tatkala siang menjelma setelah aku menemani purnama bersama cahaya yang kian sirna tatkala mentari pagi menjelma
aku teruskan perjalanan ini didalam kehidupan yang fana membawa bekal di kemudian hari aku berlagu didalam gundah gulana
aku hanya sebutir bintang yang menghiasi dada malam tidak kupinta orang memandang diriku yang sentiasa suram
suatu hari kau akan mengerti apa yang tersurat di sanubari bukan niat meminta simpati atau meraih cinta yang suci
apabila kau didalam kegelapan ingat lah aku akan menemani mu yang sentiasa hidup dalam kesepian agar hilang dendammu
setiap kali ku pandang semalam pelbagai kisah yang suram yang penuh dendam yang apinya ku padam...
|
|