|
Post by PrinceJay on Aug 26, 2004 11:39:16 GMT 8
tidak pernah aku melihat tapi pernah aku mendengar kewujudannya satu misteri datang tanpa disedari
siapakah dia yang bersembunyi dibalik cahaya mentari dibawah sinaran purnama dalam khayalan yang tak pasti
dia menulis tanpa pena berbicara tanpa suara berbahasa dengan madah menyentuh perasaan dengan keikhlasan
tatkala dia datang menjelma indah nya tidak terkata ibarat hidup dalam syurga penuh dengan rasa bahagia
tika dia pergi hancurnya hati musnah lah segala mimpi akan binasalah diri
siapakah dia? tertanya aku sendiri tika malam menyelimuti diri tika aku bersendiri.. * kuharap dia hadir memberi cahaya tika malam menghampiri kerana aku takut gelap *
|
|